Al-Fatihah ke atas pemergian Adik Faris Daniel
0
Al-Fatihah buat Adik Faris Nur Daniel yang telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Kami dari Yayasan Prihatin Titiwangsa mengucapkan Takziah kepada keluarga Adik Faris atas pemergian anak kecil ini. Kami berdoa agar keluarga Adik Faris tabah dengan berita kehilangan Adik Faris yang pergi buat selama-lamanya. Semoga roh nya dicucuri rahmat, AMIN.
Adik Faris adalah anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Mengikut maklumat tentang penyakit beliau, sejak 1 Februari dia diserang sakit sawan dan ada kesan kepada otak. Pada hari ke empat doktor telah mengambil ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Pada hari ini 23 Febuari 2012 bersamaan hari Khamis, dia disahkan meninggal dunia dan berita ini disampaikan oleh sahabat YPT di Fanpage kami dan disahkan oleh Ayahnya sendiri. Al-Fatihah sekali lagi…

No Comments Yet